Delegasi UUM tingkat jaringan di AACSB Asia Pacific Annual Conference 2024
KUALA LUMPUR, 18 November 2024: Seramai lapan penjawat Universiti Utara Malaysia (UUM) terdiri daripada Dekan-dekan Pusat Pengajian Kolej Perniagaan (COB), Dekan dan Timbalan Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), serta Timbalan Pengarah Bahagian Akreditasi Antarabangsa (IAD), PPQA dan Pengurus Akreditasi telah hadir ke AACSB Asia Pacific Annual Conference (APAC) di DoubleTree by Hilton, baru-baru ini.
Persidangan yang menghimpunkan lebih 200 peserta dari 20 negara ini telah memberi peluang kepada peserta memahami hala tuju, isu dan cabaran fakulti perniagaan dalam melunaskan tanggungjawabnya kepada pemegang taruh.
Pelbagai perkongsian telah diketengahkan pada persidangan tahun ini, yang berfokus pada inovasi dan kolaborasi, mencerminkan keperluan penting bagi institusi pendidikan untuk menyesuaikan diri dan berkembang dalam landskap global yang sentiasa berubah.
Antara perkongsian yang menarik di dalam APAC kali ini adalah berkaitan penggunaan Artificial Intelligence (AI) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta inovasi kurikulum untuk kelestarian program perniagaan.
Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Hassan Abu Bakar turut mengadakan perkongsian bertajuk “Implementing an Agile Strategic Plan: OYAGSB UUM Experiences”.
Delegasi UUM yang diketuai oleh Penolong Naib Canselor, Kolej Perniagaan, Prof. Dr. Ram Al-Jaffri Saad turut menggunakan peluang untuk beramah mesra bersama Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan AACSB, Asia Pasifik, Geoff Perry serta bertukar-tukar pandangan dengan wakil-wakil universiti yang hadir.