General

UUM diiktiraf Nombor 1 dalam bidang logistik dan multimedia

Gambar Talentbank Graduate Employability Index & Dr. Fikriyah Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 April 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diiktiraf sebagai peneraju kebolehpasaran graduan di bawah Talentbank Graduate Employability Index 2026 anjuran Talentbank Sdn. Bhd. dalam Majlis Pengiktirafan dan Talentbank Raya Open House di Four Seasons Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pengiktirafan ini mencerminkan tahap keyakinan industri terhadap kualiti graduan UUM dari segi kesediaan memasuki alam pekerjaan, kompetensi profesional, prestasi di tempat kerja serta kecenderungan majikan untuk membuat pengambilan berulang hasil pengalaman positif bersama graduan universiti.

Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Dr. Fikriyah Abdullah telah hadirmewakili Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed bagi menerima anugerah tersebut.

UUM terus mengukuhkan reputasinya dalam melahirkan graduan berdaya saing apabila menduduki tempat pertama dalam kalangan universiti awam dalam bidang logistik dan multimedia oleh Talentbank Graduate Employability Index 2026.

Meneruskan kecemerlangan tersebut, UUM turut mengekalkan prestasi cemerlang apabila tersenarai dalam kelompok Top 3 selama lima tahun berturut-turut (2022-2026) dalam bidang perbankan, hospitaliti dan pengurusan sumber manusia.

Pada masa yang sama, UUM turut menunjukkan kekuatan dari segi kebolehpasaran graduan apabila bidang seperti Pengurusan Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sumber Manusia menawarkan peluang pekerjaan yang meluas merentasi pelbagai industri.

Seiring dengan itu, UUM juga tersenarai sebagai antara pilihan majikan dalam kalangan syarikat multinasional (MNCs), sekali gus mencerminkan tahap kebolehpasaran graduan yang tinggi. Kelayakan ini adalah berasaskan merit dan dapatan data, yang dianalisis oleh Talentbank secara menyeluruh melibatkan 1,200 majikan di seluruh Malaysia.

Lebih membanggakan, dapatan melalui Talentbank Graduate Employability Index turut menunjukkan bahawa pelbagai bidang pengajian di UUM menerima pengendorsan kukuh, antaranya ialah Sains Aktuari, Pengiklanan, Perbankan, Keusahawanan, Pengurusan Acara, Kewangan, Hospitaliti, Pengurusan Sumber Manusia, Undang-Undang, Logistik, Pemasaran, Multimedia, Psikologi dan Pelancongan yang turut diiktiraf dengan penarafan 6-Star Employer Choice.

Secara keseluruhannya, pengiktirafan ini mencerminkan komitmen UUM dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan industri serta berdaya saing di peringkat nasional dan global. – Anis Zulaikha Kamal

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button