KUALA NERANG: Program Hari Keluarga Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), baru-baru ini berjaya menyatukan jiwa ahli keluarga TISSA-UUM dengan pelbagai aktiviti menarik.

Program anjuran Pengurusan UUM dan Kelab Kebajikan TISSA-UUM yang bertemakan ‘Chill Out Time 2.0’ diadakan di AMD Resort & Camp Perik itu disertai lebih 180 ahli keluarga pusat pengajian berkenaan.

Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf berkata, aktiviti riadah yang dilaksanakan bukan sahaja meningkatkan silaturahim dalam kalangan staf tetapi juga menaikkan moral untuk bekerjasama dan bekerja lebih cemerlang pada tahun 2023.

Hari Keluarga TISSA-UUM eratkan silaturahim antara staf dan ahli keluarga.

“Semangat berpasukan sebegini penting bagi sesuatu organisasi untuk memacu kejayaan pada masa hadapan secara kolektif. Program Hari Keluarga TISSA-UUM sudah lama tidak diadakan akibat penularan Covid-19 dan kali ini ia berjaya mengumpulkan ramai ahli keluarga.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua staf dan keluarga yang menjayakan program ini termasuk kepada penderma dari TISSA-UUM dan penderma di luar TISSA-UUM serta keluarga yang membawa ‘potluck’ demi menjayakan program ini,” katanya.

Profesor Adjung TISSA-UUM, Tan Sri Prof. Dr. Fng Ah Seng yang turut hadir berkata, TISSA-UUM memainkan peranan utama dalam melahirkan ribuan akauntan di seluruh negara.

“Saya mengikuti secara dekat perkembangan TISSA-UUM dan pencapaian mengagumkan sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi bersama program, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad dan Prof. Madya Dr. Natrah Saad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *