LAWATAN PENANDA ARAS SRC MMU – MPP UUM
SINTOK: Seramai 40 delegasi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Multimedia (SRC MMU) bersama dua staf pengiring dari cawangan MMU Cyberjaya dan Melaka mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Yang di Pertua SRC MMU, Thaniges a/l kumar disambut oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM).
Lawatan penanda aras ini bertujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan kepemimpinan MPP di peringkat universiti.
Lawatan ini juga dapat menggalakkan amalan tadbir urus yang baik seperti mempelajari prinsip dan mekanisme tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, dan beretika.
Melalui lawatan ini, MPP UUM boleh mengenal pasti kekuatan dan penambahbaikan amalan tadbir urus organisasi di UUM.
Antara pengisian program sepanjang lawatan penanda aras ini adalah sesi pembentangan struktur organisasi kedua-dua MPP dan sesi perkongsian mengikut kluster MPP.
MPP UUM berharap agar lawatan penanda aras ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara dua institusi pengajian tinggi di Malaysia, sekali gus meningkatkan kualiti amalan tadbir urus organisasi dan kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Menerusi slot Campus Tour, SRC MMU berpeluang melawat sekitar UUM seperti Moot Court, School of Law, Galeri UUM, Dewan Mu’adzam Shah dan INASIS TM.