SINTOK – Kolaborasi antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka (UHAMKA) akan dipertingkatkan melalui pertambahan jumlah penyelidikan dan kerjasama yang melibatkan pensyarah dan pelajar antara dua kampus ini.
Rektor UHAMKA, Prof Dr Gunawan Suryoputro, M.Hum ketika mengunjungi Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kunjungan ini juga bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara dua universiti ini.

“Kami telah bekerjasama selama lapan tahun dan akan meneruskannya melalui program mobiliti pelajar, persidangan antarabangsa, pengajian Doktor Falsafah (PhD), menulis buku dan lain lain,” ujar beliau lagi.
Sementara itu Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad berkata, kerjasama lapan tahun ini akan dipertingkatkan dari segi pendidikan dan pengajian dikalangan pensyarah terutamanya.

“Jalinan dan kerjasama dengan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) UUM ini diharap memberi manfaat kepada kedua universiti ini,” sambung beliau lagi.
Delegasi selama lima orang dari UMHAMKA ini turut diiringi oleh Dekan SOE UUM, Prof. Dr. Yahya Don.