UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

1,000 ahli AQDHK khatam Al-Quran

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Islam/UUM Today

SINTOK: Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan kepada umat manusia untuk diimani dan diamalkan isi kandungannya. Al-Quran merupakan petunjuk kepada seluruh umat manusia dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga zaman manusia terakhir sebelum kiamat.

Program Khatam Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Kedah atau dikenali Al-Quran Di Hati Ku (AQHDK) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan di Masjid Sultan Badlishah UUM, baru-baru ini.

Seramai 1,000 ahli pertubuhan telah berjaya khatam Al-Quran yang telah diketuai Mohd Firdaus Ahmat yang memimpin bacaan doa khatam Al-Quran.

Pertubuhan Sahabat Al-Quran merupakan pertubuhan mengaji secara berkumpulan menggunakan aplikasi Whatsapp yang ditubuhkan pada 15 Julai 2015.

AQDHK mempunyai lebih daripada 1,676 kumpulan mengaji di mana setiap kumpulan mempunyai 30 ahli dengan keahlian keseluruhan seramai 50,000 orang ahli seluruh Malaysia termasuk dari luar negara.

Pegawai Pusat Islam, Zar Ei Zakaria yang mewakili Pengarah Pusat Islam berharap agar ukhuwah Islamiah yang terjalin dapat diteruskan bagi penganjuran program akan datang.

Selain daripada aktiviti mengaji, pertubuhan ini juga turut menganjurkan program-program lain seperti ziarah muhabbah, kuliah agama, seminar, berzanji, marhaban dan sebagainya. Kata Puan Aidasuzana binti Md Kasim, Pengerusi Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Kedah dalam ucapan aluannya.

Peserta, Azizah Paijo berkata, Program Khatam Al-Quran anjuran Pertubuhan Sahabat Al-Quran itu merupakan yang kelima diadakan di mana ia pernah diadakan di Masjid Al Boghori, Alor Star, Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani, Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok dan Masjid Bandar Perdana, Sungai Petani.

Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kelebihan Membaca Al-Quran’ di akhir program. – Rozita Mohd Rejab