UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

106 peserta menanam 501 pokok kayu bakau di Yan

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .
Peserta yang menyertai proram menanam pokok kayu bakau bergambar kenangan selepas menanam 501 pokok. -Gambar UUM TODAY Oleh: Muhamad Fuad Hamid.

YAN: Seramai 106 peserta menyertai program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau yang dianjurkan oleh Kelas Subjek GMTJT3113 Pentadbiran Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Yan, Kedah, baru-baru ini.

Dekan SOG, Prof Madya Dr Halimah Abdul Manaf ketika ditemui berkata, projek Service Learning (SULAM) bagi semester A221 ini merupakan program khidmat masyarakat yang melibatkan pensyarah, mahasiswa, pelajar dari Sekolah kebangsaan Sungai Limau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Jabatan Perhutanan Kedah dan Pejabat Daerah Yan.

Dekan SOG, Prof Madya Dr Halimah Abdul Manaf.

Katanya, program berimpak tinggi yang dijalankan ini bagi membantu komuniti di sekitar daerah ini demi meneruskan pemuliharaan dan menjamin kelestarian bakau di masa akan datang.

Antara objektifnya ialah bagi mengekalkan kelestarian bakau, memberi kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan bakau, membuka ruang kerjasama antara pusat pengajian dengan komuniti, jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Penyertaan dan penglibatan semua pihak dalam program ini dilihat menunjukkan jalinan hubungan yang baik dengan universiti terutama dalam aspek pelaksanaan aktiviti,” sambungnya lagi.

Antara pelajar yang menyertai program itu.

Beliau berkata. semoga dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat mengembangkan serta memperkukuhkan pengajian dan pengkajian bidang pengurusan awam dan pembangunan yang dikendalikan oleh SOG UUM.

Dalam program ini, Dr Halimah bersama 106 peserta lain turut mendengar taklimat dan menanam pokok bakau di sekitar kawasan itu.