NILAI – Seramai 120 pemain menyertai kejohanan Golf Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Pusat Alumni UUM dan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSS) UUM di Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai pagi tadi.
Kejohanan julung kali ini disertai oleh Alumni UUM dari tahun 1988 sehingga sekarang.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang merasmikan majlis penutupan kejohanan ini gembira dengan kehadiran alumni dalam kejohanan julung kali yang dianjurkan secara bersama oleh Pusat Alumni dan KGSS ini.

Katanya, bukan sahaja dapat menyertai dan berjumpa semula malah merapatkan silatulrahim antara kalangan ahli dari bumi Sintok.
“Saya yakin penganjuran seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan men…
[14:21, 18/03/2023] Samsudin: Seramai 120 pemain menyertai kejohanan Golf Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Pusat Alumni UUM dan Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSS) UUM di Kota Seriemas Golf & Country Club Nilai pada 18 Mac 2023.
Kejohanan julung kali ini disertai oleh Alumni UUM dari tahun 1988 sehingga sekarang.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang merasmikan majlis penutupan kejohanan ini gembira dengan kehadiran alumni dalam kejohanan julung kali yang dianjurkan secara bersama oleh Pusat Alumni dan KGSS ini.

Katanya, bukan sahaja dapat menyertai dan berjumpa semula malah merapatkan silatulrahim antara kalangan ahli dari bumi Sintok.
“Saya yakin penganjuran seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan menghimpunkan lebih ramai pemain golf dikalangan alumni,” ujarnya.
Kejohanan kali ini juga memperlihatkan sumbangan daripada alumni dan badan-badan korporat sebanyak RM26,500 untuk menjayakan kejohanan ini.
Bersempena dengan kejohanan ini pihak urusetia juga menyediakan hadiah dan cabutan bertuah kepada peserta yang mengambil bahagian.