Gambar JKPSRS INASIS Bank Rakyat/UUM Today
SINTOK: Seramai 1,254 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari Inapan Siswa (INASIS) Bank Rakyat mengambil langkah persediaan awal sekiranya berlaku kebakaran dengan menganjurkan program ‘Fire-Safety Awareness’, baru-baru ini.
Pengetuanya, Dr. Nor Azura A Rahman berkata, program yang mendapat kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam itu bertujuan memberi pendedahan keselamatan kepada semua penghuni di INASIS tersebut sekiranya berlaku kebakaran.

“Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pengalaman atau gambaran sebenar ketika hari kejadian,” ujar beliau.
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti cara memadam api kebakaran dan penggunaan alat pemadam api dengan betul.
Pelajar, Kavitha a/p Subramaniam mendapat gelaran ‘Iron lady iBR’ kerana telah memberanikan diri untuk memadamkan kebakaran di salah satu blok perempuan menggunakan alam pemadam api.

Menurut Kavitha, beliau telah menglibatkan diri dalam latihan kebakaran yang sama pada semester lalu. Jadi, beliau mengaplikasikan semula pengalaman yang ada dalam situasi yang nyata.
“Latihan sebegini wajar diadakan bagi memastikan semua penghuni peka dan tidak cuai terutamanya jika melibatkan api,” katanya. – Syazani Marzuki