UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

13 pelajar UUM diraikan Zurich Takaful

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM/UUM Today

KUALA LUMPUR: ‘School of Hard Knocks’ (SoHK) telah diwujudkan bagi menjalin kerjasama aktif dengan industri, selain membuka ruang dan peluang pendedahan terbaik kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum melangkah ke fasa praktikum yang merupakan salah satu syarat bergraduat pelajar.

Penyelaras Program SoHK, Dr. Adilah Azhari berkata, idea bagi memperkenalkan program SoHK ini juga bertujuan memastikan peluang penempatan praktikum kepada para pelajar UUM terjamin, selain meningkatkan kadar kebolehpasaran pelajar dengan peluang yang cerah terhadap kerjaya selepas bergraduat.

Bagi meraikan pelajar yang berjaya menamatkan latihan industri mereka di Zurich Takaful, Majlis Graduasi Padawan Zurich Takaful telah berlangsung di Plaza Zurich Takaful yang dihadiri seramai 13 Padawan Zurich Takaful.

Pada majlis itu, Padawan Zurich Takaful menerima sijil yang disampaikan oleh Ketua Agency Growth and Development, Zurich Takaful Malaysia Berhad, Mohammad Faisel Herman.

Selain itu, satu sesi perkongsian menarik oleh Ketua Pengurus Agensi, Zurich Takaful Malaysia Berhad, Shah Rizal Azmi turut diadakan.

Ketua Recruitment & Zurich Franchise Network Zurich Takaful Malaysia Berhad, Shahrul Nizam Hanafi berkata, pelajar-pelajar UUM memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang tempoh program ini dijalankan dan akan melaksanakan Zurich Takaful Padawan kohort kedua yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Diharapkan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar didalam industri negara,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya (PKPK), Dr. Fikriyah Abdullah; Pegawai Psikologi, Muhammad Noor Fitri Ahmad; Pegawai Psikologi, Nur Farah Johari dan staf PKPK. – Anis Zulaikha Kamal