UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

15 peserta SKIL cemerlang diberi penghargaan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Islam/UUM Today

SINTOK: Seramai 15 peserta program Sijil Eksekutif Kepimpinan Islam dan Komuniti (SKIL) menerima Anugerah Pencapaian Pelajar Cemerlang Modul Kepimpinan Kendiri SKIL bagi semester A221 sempena Program Liqa’ Jumbo Mahasiswa dan Anugerah Kecemerlangan SKIL di Masjid Sultan Badlishah UUM, baru-baru ini.

Kesemua pelajar itu telah lulus cemerlang dalam peperiksaan Modul Kepimpinan Kendiri SKIL dengan mendapat markah tertinggi.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Huzaidy Hussain berkata, Pusat Islam mengambil tekad dalam menyemarakkan sifat tanggungjawab yang tinggi dalam diri peserta bagi memimpin diri, keluarga dan organisasi dengan penganjuran program sebegini.

Menurutnya, beliau berharap agar program anjuran Pusat Islam ini dapat memberikan semangat kepada peserta SKIL untuk terus beristiqamah dalam melibatkan diri dalam kesemua program SKIL.

Di samping itu, katanya, dapat membentuk peribadi mahasiswa UUM yang memiliki sifat-sifat yang terpuji serta ciri-ciri asas Islam, seterusnya memupuk semangat jati diri Muslim yang kukuh iman dan taqwa serta memiliki sifat-sifat Muslim yang luhur.

Di Program Liqa’ Jumbo juga turut diadakan penyampaian Anugerah Kumpulan Terbaik SKIL semester A221 kepada Kumpulan SKIL GRANTT 1, Kumpulan SKIL SME 11 dan Kumpulan SKIL MAS 5. Pemilihan Kumpulan Terbaik SKIL adalah berdasarkan kriteria kekerapan ahli kumpulan SKIL yang hadir dan komitmen sepanjang pertemuan.

Di hujung program, beberapa Fasilitator SKIL turut dianugerahkan Anugerah Fasilitator Mumtaz dan Mumtazah SKIL semester A221. Anugerah ini diberikan kepada fasilitator yang memberi komitmen penuh dan kreatif dalam penyampaian serta penyantunan mentee-mentee walaupun di luar program SKIL.

Fasilitator kumpulan SKIL Proton 1, Muhammad Syukri Mat Lela; Fasilitator kumpulan SKIL TM 3, Muhammad Faiz Hafizi Mohd Yunos dan Fasilitator kumpulan SKIL BSN 3, Nur Fadhilah maisng-maisng menerima sijil penghargaan Anugerah Fasilitator Mumtaz dan Mumtazah SKIL semester A221 berserta hadiah cenderahati.

Program yang dihadiri seramai 680 pelajar yang terdiri daripada peserta, fasilitator dan sekretariat program itu turut diisi dengan pengisian ilmiah yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Muhammad Noor Fitri Ahmad dengan tajuk ‘Pengurusan Tekanan (Stress) & Konflik dalam Kehidupan’.