UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

150 Sertai PESAN kali kedua 2023

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

KUALA LUMPUR – Lebih 150 peserta menghadiri Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023.

Persidangan dua hari ini disertai oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ISM, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), pekerja sosial, pendidik kerja sosial dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar siswazah, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa agensi lain.

Sempena persidangan ini Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman turut menyampaikan ucaptama.

Manakala beberapa pelajar sarjana dan pengamal kerja sosial turut membentangkan kertas kerja mereka.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan yang ditemui berkata, persidangan yang dianjurkan oleh Program Pengurusan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) secara hybrid ini diharap dapat dikongsi oleh intelektual sebagai wahana dalam memperkasa dan memartabatkan disiplin dan praktis kerja sosial di Malaysia khususnya.

Moga PESAN Ke-2, 2023  yang bertemakan Kerja Sosial Mendepani Dunia Ekososial Baharu ini dapat berkongsi idea bagi mencapai kesepakatan dalam mendepani dunia ekososial baharu nanti.

“Saya yakin keilmuan dan pengalaman semua peserta dapat digemblengkan ke arah mewujudkan Malaysia yang maju, sejahtera dan harmoni nanti,” ujar beliau lagi.