Gambar Mohd Fuad Hamid/UUM Today
SINTOK: Seramai 17 staf akademik telah menerima watikah kenaikan pangkat di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, pagi tadi.
Penyampaian watikah tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan.
Daripada jumlah itu, 12 daripadanya menerima kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54), manakala lima staf lagi menerima kenaikan pangkat sebagai pensyarah kanan (DS52).

Dr. Mohd Foad berkata, kenaikan pangkat itu merupakan satu pengiktirafan kepada staf akademik yang berjaya mencapai pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, selain pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam bidang akademik.
Menurutnya, majlis seperti ini juga merupakan satu acara penting dalam kalendar universiti yang memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berusaha keras dalam meningkatkan standard pendidikan dan penyelidikan di UUM.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mohtar dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)