UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

18,851 pelajar UUM duduki peperiksaan secara bersemuka

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Shahimi Mohtar.

SINTOK: Seramai 18,851 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menghadapi peperiksaan secara bersemuka yang melibatkan 639 subjek di 16 pusat pengajian di kampus ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Shahimi Mohtar berkata, jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan kali ini ialah 18,833 pelajar sepenuh masa dan 18 pelajar program kerjasama.

Peperiksaan yang bermula 6 Februari hingga 25 Februari 2023 ini akan berlangsung di seluruh kampus termasuk pusat-pusat pengajian, Inapan Siswa, bilk-bilik kuliah, Dewan Muadzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, pejabat Jabatan Hal Ehwal Akademik yang membabitkan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU), Dewan Bukit Kachi, Dewan Tan Sri Othman Yeop (TSO) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) yang menghadapi masalah kesihatan.

Kesemua pelajar kampus ini menjalani peperiksaan secara bersemuka semula selepas dua tahun diadakan secara online akibat COVID-19.

“Kehadiran pensyarah di pusat-pusat peperiksaan juga dilihat memberikan semangat kepada pelajar-pelajar,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik, Azian Nafiah berharap kesemua pelajar akan mematuhi peraturan-peraturan sepanjang peperiksaan ini.

Bagi sesi peperiksaan ini lebih 60 pegawai tadbir dan staf pelaksana juga telah dilantik sebagai pembantu peperiksaan.