UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

19 warga asing antara terbunuh dalam insiden sambutan Halloween

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SEOUL: Seramai 19 warga asing antara yang disahkan maut dalam kejadian rempuhan semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon di Seoul, menurut lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pihak bomba.

Kata Ketua Jabatan Bomba di Yongsan, Choi Seong Beom dalam satu sesi taklimat, angka kematian meningkat kepada 151 dengan 19 daripadanya dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway.

Sambutan Halloween di Itaewon, Seoul mengorbankan 151 orang termasuk 19 warga asing. Gambar AFP

Mereka yang terbunuh dalam kejadian itu terdiri daripada 97 perempuan dan 54 lelaki.

Presiden Yoon Suk Yeol dalam ucapannya secara langsung dari pejabat presiden berkata, tragedi dan bencana yang berlaku pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku.

Presiden juga mengumumkan negara akan berkabung susulan kejadian itu.

Rempuhan itu disifatkan insiden terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014 yang mengorbankan 304 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah menengah.

Sambutan itu merupakan acara Halloween pertama di Seoul dalam tempoh tiga tahun selepas negara itu menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.