UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

23 Pegawai IPK Perlis dan 15 PTD dari KLN terima Sarjana

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Seramai 23 orang pegawai daripada IPK Perlis kohort  ketiga, dan 15 orang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dari Kementerian Luar Negeri (KLN) kohort pertama menerima Ijazah Sarjana (Master of Science) dalam Bidang Pengajian Strategik sempena Konvokesyen UUM ke-36 pada sesi kedua petang tadi.

Naib Canselor Prof Dr Mohd Foad Sakdan hadir meraikan mereka dimajlis makan malam graduasi program kerjasama UUM dengan Ibu Pejabat Kontinjen Perlis dan KLN di EDC Hotel malam ini.

Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti ini walaupun sibuk dengan tugas  masing-masing.

“Saya bangga kerana walaupun sibuk dengan keluarga dan tugas masing-masing tetapi berjaya bergelar graduan sarjana dalam konvokesyen ke-36 UUM kali ini,” ujarnya lagi.

Moga kerjasama strategik  antara UUM dengan IPK Perlis dan KLN ini dapat diteruskan kearah kerjasama strategik yang lebih dinamik, prospektif dan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Sementara itu Dr Mohd Foad juga berharap pelbagai aktiviti lain juga boleh dijalankan antaranya Program Latihan dan Pembangunan Profesional, Pertukaran idea (discourse) melalui persidangan, seminar, dan webinar, serta aktiviti penyelidikan bersama bagi menghasilkan Policy Paper dalam bidang keselamatan dan hubungan antarabangsa yang dapat digunakan sebagai rujukan oleh pihak Kerajaan dan para pembuat dasar bagi menentukan halatuju dasar awam dan dasar luar.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri Malaysia Dato’ Bala Chandran Tharman, Yang Dihormati DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Ketua Polis Kontinjen Perlis,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), dekan-dekan dan pegawai-pegawai dari IPK Perlis, KLN dan UUM.