UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

24 staf UUM terima kenaikan pangkat

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Shamsaimi Ezill/UUM Today

SINTOK: Seramai 24 staf Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima watikah kenaikan pangkat yang diadakan di Balai Tamu, Canselori Sultan Sallehuddin, semalam.

Mereka terdiri daripada 15 staf akademik dan sembilan lagi staf pentadbiran.

Daripada jumlah itu, 14 staf menerima kenaikan pangkat ke Profesor Madya (DS54) dan seorang pensyarah kanan (DS52), manakala sembilan staf pentadbiran menerima kenaikan pangkat secara hakiki dan fleksi bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Penyampaian watikah kenaikan pangkat itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan.

Dr. Mohd Foad berharap dengan kenaikan pangkat itu akan menaikkan semangat penerima untuk terus memberi khidmat bakti kepada universiti.

Dr. Mohd Foad (kanan) menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada Pegawai Tadbir, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi di Balai Tamu, semalam.

Di samping itu, beliau juga berharap ia akan menjadi contoh kepada semua staf untuk bekerja dengan lebih tekun dan ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan.

“Saya mahu kita bersama-sama melonjakkan nama UUM ke persada yang lebih tinggi dengan hasil usaha keras kita selama ini.

“Jadikan kerja yang diamanahkan ini juga sebagai satu ibadah dengan niat kerana Allah. Semoga kita dapat memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat dengan kerja yang diberikan,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir di Jabatan Pendaftar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi yang menerima kenaikan pangkat ke Gred N54 turut melahirkan rasa syukur atas kenaikan tersebut.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih atas kepercayaan dan peluang yang UUM berikan serta menghargai pengiktirafan ini. 

“Insya Allah, ia akan menjadi pemangkin kepada saya untuk terus berusaha memberi yang terbaik ke arah kecemerlangan universiti,” ujarnya yang telah berkhidmat di UUM lebih 25 tahun.