UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

253 pelajar SoL cemerlang diraikan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Abu Bakar Omar Hamdan/UUM Today

SINTOK, 24 Januari – Seramai 253 pelajar Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dan Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan bagi Semester Kedua Sesi 2022/2023 (A222) di DKG 5/8, semalam.

Majlis anjuran Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) dengan kerjasama Pejabat Penolong Naib Canselor UUM COLGIS itu diadakan bagi menghargai 213 pelajar dari Program LLB dan 40 pelajar dari Program BPLB.

Dekan SoL, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab berkata, Majlis Anugerah Dekan ini diadakan kepada pelajar yang telah berjaya mendapatkan keputusan akademik cemerlang yang diukur melalui purata nilaian gred (PNG) iaitu keputusan bagi semester tertentu sahaja dan purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) yang dikira secara purata keseluruhan semester.

Menurutnya, semua pelajar telah berusaha sehingga berjaya mencapai tahap ini dan pengiktirafan ini diharapkan pelajar dapat meneruskan usaha untuk mengekalkan prestasi akademik sehingga tamat pengajian.

Penerima, Nur Ain Yasmin Hasan Ghafur berkata, beliau sangat gembira kerana pusat pengajian berjaya menjayakan majlis ini dan berhasrat untuk meningkatkan lagi prestasi dan sahsiah pada masa akan datang.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Nor Anita Abdullah; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Mohammad Azam Hussain; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Asmar Abdul Rahim; Pengerusi Program BPLB, Dr. Muhammad Hafiz Badarulzaman; Pengerusi Program Pascasiswazah, Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd Anuar dan pensyarah SoL.