UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

39 pelajar timba ilmu pengurusan ternakan

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

SINTOK: Seramai 39 pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaan Tani yang mengambil subjek Sains Penternakan bersama seorang pensyarah pengiring telah menyertai program lawatan sambil belajar dan amali pengurusan ternakan di Kolej Pertanian Malaysia (KPM), Bukit Tangga, Kedah.

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, UUM, Dr. Rozana Samah berkata, program ini memberi impak positif kerana pengalaman pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dengan adanya penglibatan agensi/industri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) kursus akademik.

Program anjuran pelajar kelas Sains Penternakan yang juga merupakan ahli Kelab MyAgrosis, UUM dengan kerjasama dari pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kedah dan Kolej Pertanian Malaysia (KPM), Bukit Tangga.

“program ini bertujuan bagi memberi satu pengalaman pembelajaran yang holistik kepada para pelajar apabila dapat merasa dan melihat sendiri keadaan sebenar di ladang ternakan.

“Dengan itu, dapat meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran anak muda tentang peluang-peluang perniagaan serta potensi besar dalam bidang penternakan,” .

Beliau yang juga pensyarah kursus Sains Penternakan  menzahirkan ucapan terima kasih kepada KPM, Bukit Tangga dan pihak JPV, Negeri Kedah kerana sudi bekerjasama menjayakan program  dalam mempersiapkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi pembangunan sektor agromakanan negara.

Menurut Dr. Siti Nurkhadijah Md Yunus, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, JPV Negeri Kedah, di setiap rantaian nilai daging lembu (Beef Value Chain) mempunyai potensi perniagaan yang menguntungkan dan merupakan aspek yang sangat penting dalam pembangunan sektor penternakan negara.   

Manakala Dr. Adil B. Ibrahim dari Sekolah Ruminan, Kolej Pertanian Malaysia berkata, permodenan pertanian melalui automasi & mekanisasi juga merupakan salah satu perkara yang patut diberi perhatian pada masa kini.

“Revolusi bidang penternakan terutama ruminan di Malaysia dari segi teknologi sangat penting bagi meminimalkan penggunaan sumber dan memaksimumkan hasil serta keuntungan penternak,” katanya.

Sepanjang program ini berlansung, para pelajar berpeluang melakukan aktiviti hands-on membuat makanan ternakan ruminan iaitu Silaj dan melakukan simulasi Artificial Insemination (A.I) dengan menggunakan dummy simulator untuk organ pembiakan haiwan ruminan.

Salah seorang pelajar yang terlibat, Chua Wen Qi berasa sangat teruja sepanjang program ini.

“Saya dapat banyak maklumat dan gambaran jelas tentang pekerjaan pada masa hadapan yang boleh diceburi terutama sekali yang berkaitan dengan program perniagaantani,” katanya.