UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

81 staf UUM naik pangkat termasuk 13 Profesor

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK: Seramai 81 staf Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima watikah kenaikan pangkat hari ini, termasuk 13 dinaikkan pangkat ke Profesor VK7.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan menyampaikan watikah berkenaan di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, petang semalam.

Majlis yang turut disaksikan oleh Pendaftar UUM, Ahmad Rasidi Abdullah itu membabitkan seramai lima orang dinaikkan pangkat ke profesor madya DS54, tiga orang ke pensyarah kanan DS52 dan 60 staf pentadbiran.

Sambil mengucapkan tahniah kepada semua penerima watikah, Dr. Mohd Foad berharap kenaikan pangkat itu akan menjadi dorongan kepada penerima untuk terus melipatgandakan usaha berbakti kepada universiti.

“Saya mahu kita bersama-sama melonjakkan nama UUM ke persada yang lebih tinggi dengan hasil usaha keras kita selama ini.

“Jadikan kerja yang diamanahkan ini juga sebagai satu ibadah dengan niat kerana Allah. Semoga kita dapat memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat dengan kerja yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang staf, Rasidah Rodzi daripada UUM Corporate Communication yang berkhidmat selama 33 tahun di UUM telah menamatkan perkhidmatan dengan kenaikan pangkat ke Gred N52 hari ini.

Menurutnya, beliau amat berterima kasih kepada UUM kerana memberi pengiktirafan atas khidmat dan baktinya di UUM selama 33 tahun.

Staf pentadbiran yang lain telah menerima kenaikan pangkat bagi kumpulan pelaksana berasaskan waran Gred N28, FT26, TBK dan TBK2. – Kirti Vithyananthan (Pelajar Pelatih dari SMMTC)