UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

95 calon layak bertanding dalam Pilihan Raya Kampus 2023/2024 UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: Seramai 95 calon akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi 2023/2024 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2024.

Calon-calon yang bertanding itu akan mengisi 44 kerusi iaitu 34 kerusi pusat pengajian dan 10 kerusi umum UUM.

PRK UUM 2023/2024 bermula dengan penamaan calon yang diadakan pada 2 Januari dan diteruskan dengan sesi kempen yang akan tamat secara rasmi pada 11.59 malam 8 Januari 2024.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, PRK merupakan salah satu acara penting di UUM bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai medium antara pelajar dan pihak pengurusan universiti.

“Saya harap semua calon yang menang akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan telus dan berintegriti agar dapat meningkatkan kecemerlangan Universiti Pengurusan Terkemuka ini”, katanya dalam ucapan di Majlis Penamaan Calon yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, sehingga kini 2 kerusi Pusat Pengajian telah menang tanpa bertanding iaitu calon dari Pusat Pengajian Akademi Golf Nasional dan calon dari Pusat Pengajian Undang-undang.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor SOC, Prof. Dr. Osman Ghazali, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi dan Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar, Juhaina Che Juhari. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)