UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

AKOK pupuk kesedaran kesihatan mental

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Muhamad Aiman Akmal Maliki/UUM Today

KANGAR: Pelajar Kursus Perhubungan Awam dari Pusat Pengajian Teknologi, Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) di bawah seliaan Dr. Nursafwah Tugiman telah menganjurkan program Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) di Pejabat Khidmat Parlimen Kangar, baru-baru ini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Krayon4Society yang memfokuskan kepada aktiviti kesihatan mental.

Pengarah program, Haiman Syamil Hishamuddin berkata, AKOK bertujuan untuk untuk menilai dan mengesan mana-mana penduduk kampung yang mengalami masalah kesihatan mental meliputi stres, kebimbangan dan kemurungan.

Justeru, katanya, program itu ingin membantu meningkatkan kesedaran orang kampung tentang kesihatan mental.

“Di samping itu, kami bekerjasama dengan Krayon4Society yang mengetengahkan isu kemanusiaan dan kebajikan masyarakat berfokus kepada isu pendidikan dan kesihatan mental,” ujarnya.

Pengerusi Krayon4Society, Faiq Asyraf Abd Rahman juga berkata, dengan adanya inisiatif dari pihak berwajib, kerajaan dan NGO seperti ini, maka masyarakat dan orang kampung akan mulai secara perlahan memahami isu kesihatan mental.

Pendedahan penduduk kampung berkaitan kesihatan mental dimulakan dengan aktiviti menderma darah, disusuli aktiviti saringan kesihatan mental dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa program.

Borang saringan diisi penduduk kampung yang dikesan mengalami tanda-tanda kesihatan mental kemudian telah diasingkan bagi tindakan lanjut.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan yang turut memberi pesanan berkaitan isu kesihatan mental agar semua pihak bersama-sama menangani masalah tersebut.

Pihak berwajib boleh mendekati masyarakat dan orang kampung dengan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat, pendidikan, keagamaan psikososial yang sihat dan aktif serta kegiatan spriritual yang lebih cakna dan prihatin.