UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Alumni UUM beri motivasi kepada pelajar Sekolah Khas Baling

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Khairul Azman Rohim/UUM Today

BALING: Sebagai membakar semangat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berkongsi kata-kata motivasi dalam Program Anak-Anak Sekolah Khas Baling Yang Hebat anjuran Pusat Alumni UUM dekat Charuk Nau, baru-baru ini.

Muhammad Faiz.

Seramai 60 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Khas Baling telah menyertai program berkenaan yang dikendalikan oleh Muhammad Faiz Jelani yang merupakan pakar motivasi dari Akademi Bakat Malaysia.

Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Don berkata, program itu bertujuan membentuk jati diri dan nilai-nilai murni pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun depan.

Menurutnya, selain ilmu dan kemahiran yang diperoleh di sekolah, kem sedemikian mampu memupuk semangat kerjasama di samping menjana minda kreatif pelajar.

“Ia bersesuaian dengan objektif program bagi melahirkan pelajar cemerlang dan aktif dalam pelbagai bidang, selain membentuk sahsiah terpuji serta disiplin tinggi berdasarkan aktiviti dilaksanakan.

“Kem ini juga sebagai usaha memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan meningkatkan jati diri yang mulia dalam kalangan peserta,” katanya.

Dr. Mohd Sobri juga berharap penganjuran program seumpama itu dapat memberi inspirasi kepada pelajar sekolah untuk lebih bersemangat melanjutkan pelajaran ke menara gading. – Siti Nor Faizah Mohd Basir