UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Alumni UUM dan PSAS bertukar pandangan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Halim Md Yatim

Gambar Pusat Alumni/UUM Today

SINTOK, 24 Januari – Pusat Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima lawatan penanda aras daripada pengurusan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah pada Ahad lalu.

Lawatan delegasi terdiri daripada 15 pegawai pengurusan dan 10 Jawatankuasa Persatuan Alumni Politeknik Sultan Azlan Shah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Sokongan & Akademik) PSAS, Muhamad Adha Shamdin @ Shamsuddin itu adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan, selain menjadi platform perbincangan dua hala.

Kedatangan mereka telah disambut mesra Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Halim Md Yatim dan staf Pusat Alumni UUM.

Halim berkata, Pusat Alumni berasa gembira untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan dalam pengurusan berkaitan alumni bersama-sama delegasi lawatan.

“Saya berharap lawatan ini berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan oleh PSAS,” katanya.