UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Alumni UUM sumbang RM10 ribu jayakan majlis iftar

Sekitar lebih 1000 orang tetamu yang terdiri daripada alumni dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menghadiri Majlis Iftar anjuran Pusat Alumni UUM. Ia berlangsung serentak di tiga tempat iaitu di Masjid Sultan Badlishah, Masjid Bukit Kachi dan Surau Inasis Muamalat. Majlis iftar itu berjaya dilaksanakan hasil tajaan dari alumni UUM serta sumbangan awam yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara alumni melalui sumbangan  sempena bulan ramadan.

Timbalan Pengarah Pusat Alumni (menjalankan tugas Pengarah) Halim Md Yatim berkata, Pusat Alumni terus memainkan peranannya dalam mengikat kebersamaan di kalangan alumni itu sendiri melalui komitmen dalam menyalurkan sumbangan.

“Pihak kami (Pusat Alumni) sangat bersyukur dengan adanya sumbangan daripada alumni dan kutipan awam sebanyak RM10 ribu untuk menjayakan majlis iftar ini. Alhamdulillah majlis ini mencapai objektif Pusat Alumni iaitu selain dapat memperkukuhkan ‘engagement’ kita juga dapat mengukuhkan silaturrahim sempena bulan yang penuh kemuliaan ini.

“Pihak Pusat Alumni merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh alumni dan pihak-pihak yang telah sudi menyalurkan sumbangan untuk menjayakan majlis Iftar ini. Pihak saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Islam di atas kerjasama yang diberikan sehingga majlis ini dapat direalisasikan,” katanya.

Majlis Iftar itu turut diisi dengan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Mejar Bersekutu (PA) Mohd Zaidi Azizan. Beliau merupakan Ketua Pegawai Kutipan, Lembaga Zakat Kedah dan juga merupakan alumni Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) tahun 2023.

Hadir sama dalam majlis adalah Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zar’ Ei Zakaria dan pegawai-pegawai universiti yang juga merupakan sebahagian alumni UUM.