UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Angka korban banjir di Filipina meningkat

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

MANILA: Sekurang-kurangnya seramai 31 maut dalam banjir dan beberapa insiden tanah runtuh di sekitar wilayah di selatan Filipina berikutan hujan lebat tanpa henti malam tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bertungkus lumus meneruskan operasi mengesan penduduk yang dilaporkan hilang dalam bencana tersebut.

Menurut Menteri Dalam Negeri Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao, Naguib Sinarimbo, cuaca buruk ketika badai ribut tropika semakin menghampiri telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa bandar sekitar Maguindanao.

Menurutnya, operasi SAR tetap terus giat dijalankan namun bilangan sebenar mangsa hilang dalam bencana terbabit belum dapat ditentukan secara tepat, setakat ini.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, cuaca semalam didapati sedikit lebih baik berbanding malam sebelumnya.

“Bilangannya (mangsa dilaporkan hilang) masih tidak tetap, namun ia dijangka meningkat,” katanya. – REUTERS