UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-10

Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dengan selesainya istiadat angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara pada jam 5 tadi maka Malaysia kini secara rasmi mempunyai Perdana Menteri Kesepuluh.

Anwar, 75, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).

Pelantikan tersebut berikutan perkenan Seri Paduka Baginda selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada sebelah pagi, hari ini.