UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Atase Akademik Kedutaan Libya hantar pelajar ke UUM

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Gambar Hairul Nizam Zahari/UUMToday

Sintok: Pejabat Akademik Kedutaan Libya-Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha menjalin kerjasama akademik yang bakal memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Mengetuai delegasi Atase Akademik, Dr. Aiman Elmahmodi bersama Penasihat Atase Akademik, Norhawaty Mansor dan Setiausaha, Mohd Asyrani Rosani yang mengadakan perbincangan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan yang menyambut delegasi amat berbesar hati dengan kunjungan tersebut serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas inisiatif mengadakan kerjasama ini.

Beliau menyambut baik hasrat Pejabat Akademik Kedutaan Libya untuk menjalin kolaborasi dengan UUM yang menyuburkan budaya perkongsian ilmu di antara dua negara.

Pada pertemuan itu, Pejabat Akademik Kedutaan Libya sedia menjalin usahasama untuk menghantar pelajar pasca siswazah bagi menyambung pengajian di UUM,  sekali gus merapatkan hubungan antara kedua-duanya demi manfaat di masa hadapan.

Turut dibincangkan potensi kolaborasi program akademik antara UUM dengan Libya   termasuk Memorandum Persefahaman (MoU).

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Prof. Dr. Osman Ghazali dan Pengurus Besar, Uniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd. (UECSB), Dr. Mohd Herry Mohd Nasir.