UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Atlet MMA, Victoria Lee meninggal dunia

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar FB Victoria Lee

HAWAII: Atlet seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 18 tahun.

Memetik laporan CNA, kematian atlet itu diumumkan secara rasmi oleh kakaknya, Angela Lee di Instagram pada Ahad.

Angela berkata, adiknya meninggal dunia pada 26 Disember tahun lalu.

“Pada 26 Disember 2022, keluarga kami mengalami keadaan yang diharapkan tidak perlu dilalui oleh keluarga lain.

“Amat sukar untuk mengatakan hal ini. Victoria kami meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar terjejas sejak detik itu.

“Kami merinduinya. Lebih daripada segala-galanya di dunia ini. Keluarga kami tidak akan pernah sama. Kehidupan tidak akan pernah sama,” tulisnya.

Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe, Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak diberitahu kepada umum.

Dilahirkan di Hawaii, Victoria Lee mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.

Mendiang juga disenaraikan sebagai penolong pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni mempertahankan diri di Singapura.

Menurut South China Morning Post, mendiang dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari di Bangkok.