UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Atlet Muaythai Kedah terima insentif kemenangan

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Atlet Muaythai Kedah yang berjaya meraih kemenangan di kejohanan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima ganjaran dari kerajaan Negeri Kedah 8 Februari 2023 lalu.

Dalam kejohanan itu atlet Muaythai Kedah berjaya meraih 16 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan intensif kemenangan sebanyak RM3,000 kepada pemenang pingat emas, RM2,000 untuk pemenang pingat perak dan RM1,000 kepada pemenang pingat gangsa.

Manakala pemenang bagi kategori dua pemain pula masing-masing menerima RM2,000 (emas), RM1000 (perak) dan RM500 (gangsa).

Bagi kategori tiga hingga enam pemain ialah RM1500 (emas), RM750 (perak) dan RM400 (gangsa).

Turut menerima instensif ialah pemenang kategori tujuh pemain ke atas RM100 (emas), RM500 (pera) dan RM300 (gangsa).

Dalam ucapannya di majlis itu Muhammad Sanusi turut mengucapkan tahniah kepada kesemua 773  atlet yang mewakili negeri ini kekejohanan SUKMA XX MSN) 2022.

Katanya beliau bangga dengan semangat juang yang tinggi dikalangan atlet yang mewakili Kedah dan berjuang sehingga membawa pulang pingat kemenangan.

“ Sesungguhnya wang ganjaran dari kerajaan negeri ini adalah sebagai hadiah bagi kejayaan mereka,”ujarnya lagi.

Moga usaha bagi meraih kemenangan ini akan terus membara dikalangan atlet negeri ini untuk edisi seterusnya nanti.

Bagi mencapai kejayaan itu kerajaan negeri melalui MSN akan meneruskan usaha secara bersungguh-sungguh dalam acara sukan ini melalui program pembangunan pelapis SUKMA yang dijalankan sejurus selepas SUKMA 22.