Tidak pernah berlaku dalam sejarah majalah antarabangsa, Rolling Stone apabila tarikh terbitan majalah bagi edisi September yang sepatutnya pada 6 September ditukar kepada 1 September hanya kerana Jungkook, vokalis utama kumpulan terkenal antarabangsa, BTS.

Pertukaran itu dilakukan oleh kelab peminat kumpulan tersebut iaitu Army kerana mereka menempah khas iklan dalam majalah tersebut bagi mengucapkan hari jadi kepada Jungkook.
Ini sekali gus membuktikan kuasa dan pengaruh peminat dengan menjalinkan kerjasama di antara majalah dan peminat kumpulan yang dua kali mendapat pencalonan Grammy itu.
Army mahu majalah itu diterbitkan pada 1 September bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Jungkook atau nama sebenar Jeon Jungkook yang ke-25.

Menurut sumber, budaya membeli iklan hari jadi untuk selebriti kesayangan mereka adalah perkara biasa bagi artis k-Pop dengan peminat mereka.
Sebelum ini pernah dilakukan tetapi tidak pernah majalah muzik terkenal seperti itu akan melakukannya.