UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

CEO syarikat pengeluar vaksin positif Covid-19 

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Walaupun sudah menerima empat suntikan vaksin dan dos penggalak daripada syarikat sendiri, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc., Albert Bourla telah dilaporkan positif Covid-19.

Menerusi akaun Twitter miliknya, beliau menjelaskan bahawa hanya mengalami simptom-simptom yang sangat ringan dan berada dalam keadaan yang sihat.

Difahamkan bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan dengan menggunakan ubat antiviral Paxlovid yang dihasilkan oleh syarikat miliknya dan menjalani proses pengasingan diri serta mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Menurut Bloomberg, Albert Bourla menerima empat dos suntikan vaksin Covid-19 dari syarikatnya sendiri, Pfizer dengan hasil kerjasama bersama BioNTech SE.

Albert merupakan salah seorang diantara ramai orang yang telah dijangkiti dengan virus Covid-19 meskipun sudah divaksin.