UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kongsi ilmu ‘Business Model Canvas’

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SINTOK: Seramai 32 peserta terdiri pembimbing kes dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara telah mengikuti Kursus TOT 2 Years Exit Programme, Business Model Canvas (BMC) di EDC-UUM, baru-baru ini.

Program selama tiga hari anjuran Bahagian Kebajikan Produktif, JKM Putrajaya itu dikendalikan empat pensyarah UUM iaitu Prof. Madya Dr. Armanurah Mohamad, Ts. Dr. Mathivannan a/l Jaganathan dan Dr. Azrain Nasyrah Mustapa dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan serta Syahrina Abdullah dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Klien Produktif, Bahagian Kebajikan Produktif, JKM, Mohd Azan Hussin berkata, tujuan program ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang pemahaman dan pendekatan asas tentang BMC, seterusnya strategi pengaplikasian dalam dunia perniagaan pada masa kini.

Menurutnya, pembimbing kes akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari ini kepada pelanggan mereka iaitu penerima bantuan atau geran bagi tujuan menjalankan perniagaan yang ingin mereka ceburi. 

Mohd Azan (dua, kanan) menerima cenderamata daripada Shuhymee di akhir kursus di EDC-UUM.

Program ini turut diselit dengan pelbagai aktiviti bagi setiap modul termasuk pembentangan ‘pitching’ oleh setiap kumpulan tentang BMC di hadapan panel-panel penilai.

Turut hadir, Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad dan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Klien Produktif, Bahagian Kebajikan Produktif, JKM, Rusdi Ishak.