KUALA LUMPUR: Tular video perbuatan khianat seorang lelaki yang menggunting Jalur Gemilang yang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di media sosial malam tadi menyebabkan dia kini menjadi buruan polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sehingga kini pihak polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya sedang mengambil tindakan bagi menjejaki pelaku berkenaan.

Rakaman berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan seorang lelaki berbaju merah dan memaki topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.
Difahamkan, lelaki tersebut juga telah memarahi pengguna jalan raya yang menegur perbuatannya itu.