TOKYO: Beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melakar sejarah apabila menjadi pemain pertama Malaysia muncul juara dunia Kejohanan Badminton Dunia, Selasa lalu.
Kedua pemain tersebut menewaskan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia dengan mata 21-19, 21-14 di peringkat akhir beregu lelaki yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo.
Sebelum ini pencapaian terbaik Malaysia adalah meraih perak masing-masing menerusi acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki. Gambar: AP