KUALA LUMPUR: “Ada kalanya kita merasa kita … keseorangan”.
Demikian luahan rasa hati bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran terbaru beliau di laman sosial, Instagram najib_razak.
Apakah maksud di sebalik luahan itu?
Rayuan kes Najib akan disambung 23 Ogos ini yang akan menyaksikan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
“Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.
Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia.
Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan.
Dengan fitnah dan penganiayaan.
Dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan.
Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan.
Ada kalanya kita merasa kita … keseorangan”