UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

SLCP dedah murid tadika hasilkan origami

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SINTOK: Seramai 41 murid Tadika Ikhtiar Pintar berusia 5 dan 6 tahun bersama enam guru pengiring telah mengikuti Kelas Koinobori dan Origami anjuran Unit Pembangunan Profesional (PDU), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) yang diadakan di Bilik Urusetia Pusat Sukan UUM, baru-baru ini.

Kelas selama empat jam itu telah dikendalikan oleh pensyarah Bahasa Jepun, SLCP, Zeety Kartini Abdul Hamid.

Penyelaras Khidmat Latihan Profesional, PDU, Mohd Hasren Yusuf berkata, objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan asas tentang bahasa dan kepelbagaian budaya negara Jepun.

Murid Tadika Ikhtiar Pintar diberi pendedahan tentang budaya negara Jepun dalam kelas anjuran SLCP.

Menurutnya, kanak-kanak ini diajar menghasilkan koinobori dengan melukis corak ikan kap pada kertas atau kain, manakala untuk aktiviti lipatan origami pula, mereka telah mempelajari cara-cara dan seni melipat kertas bagi menghasilkan origami katak.

Kelas koinobori dan origami ini merupakan satu kelas yang sangat berilmiah, kerana ia mampu memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang bahasa dan budaya lain khususnya pengenalan kepada bahasa, seni dan kraf dari ‘negara matahari terbit’ tersebut.