UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Sokong kepimpinan baharu  

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

SINTOK: Timbalan Naib Canselor (TNC) (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mohtar yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sejak 17 Januari 2022 secara rasmi menyerahkan jawatan tersebut kepada Prof. Dr. Russayani Ismail dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Selasa lalu.

Walaupun telah memulai tugas berkuat kuasa 3 Julai 2022 lalu, namun Majlis Serah Tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) yang berlangsung semalam menyaksikan sesi menandatangani nota serah tugas antara  kedua-dua pihak itu disaksikan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

Haim Hilman dalam ucapannya amat gembira kerana majlis ini menjadi tradisi mulia yang dapat meraikan staf yang berkhidmat dan meneruskan hala tuju dengan lebih jelas.  

“Lengkap pasukan kita pada hari ini yang mempunyai TNC dan sebagai TNCPI banyak tanggungjawab yang melibatkan penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan prasarana termasuk infrastuktur dan infostruktur.

“Justeru saya berharap semua staf menyokong kepimpinan baharu ini untuk bekerja sebagai sebuah pasukan yang kuat demi kecemerlangan universiti, kemajuan anak bangsa dan negara,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan tanda penghargaan dan terima kasih kepada Shahimi di atas komitmen semasa menjalankan fungsi TNCPI kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, Russayani berkata, beliau berterima kasih kepada Naib Canselor atas kepercayaan diberikan untuk memegang tanggungjawab yang besar ini.

“Saya berharap dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan mendapat sokongan PTJ yang berada di bawah portfolio saya dalam memberikan komitmen untuk bersama-sama membangunkan universiti.

“Kewujudan UUM di utara memberi faedah kepada masyarakat  dengan menghasilkan penerbitan dan penyelidikan yang memberi impak positif selain menonjolkan kekuatan dalam pendidikan agar melonjak ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Bagi Shahimi, beliau bersyukur dapat bekerja dalam satu pasukan ketika memikul tanggungjawab sebagai TNCPI serta berterima kasih kepada pengurusan universiti yang banyak memberikan kerjasama dalam menjalankan amanah yang diberikan.

“Saya yakin universiti akan mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan dan tahniah kerana membuat pilihan terbaik,” katanya.