UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

AURAS bantu martabat nama UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Muhammad Shamsul Shafie/UUM Today

SINTOK: Sumbangan Persatuan Alumni Universiti Utara Malaysia Sarawak (AURAS) dalam pembangunan universiti diharap dapat menjulang nama UUM di peringkat lebih tinggi lagi.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, walaupun AURAS masih dalam proses penubuhan, tetapi mereka berjaya mengumpul 185 alumni dari Sarawak secara rasminya.

Menurutnya, AURAS telah memainkan peranan efektif ke atas UUM menerusi penyediaan biasiswa alumni kepada pelajar B40 Sarawak berjumlah RM8,000.

Di samping itu, pembangunan pelajar melalui program mentoring Syarikat Richmind Consulting and Mentoring Sdn. Bhd. yang diadakan pada Sabtu lalu.

Dr. MOhd Foad berkongsi kejayaan UUM dalam THE Asia University Rankings 2023 pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Naib Canselor dan AURAS di Manager’s Coffee, hari ini.

“Saya berharap program seperti ini akan diaktifkan lagi oleh AURAS di mana secara tidak langsung dapat membantu memartabatkan nama UUM.

“Universiti juga berhasrat untuk bekerjasama dengan alumni dalam aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembangunan universiti serta warganya sesuai dengan slogan UUM iaitu Ilmu, Budi, Bakti,” katanya pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Naib Canselor dan AURAS di Manager’s Coffee, hari ini.

Dr. Mohd Foad turut berkongsi kejayaan UUM berada di kedudukan 99 universiti terbaik Asia dan kedua terbaik di Malaysia dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023.

Program Alumni Homecoming: Alumni UUM Sarawak Chapter (AURAS) pada kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 12 alumni Sarawak.

Program pada kali ini telah merangkumi 5 ‘pillar’ Pusat Alumni iaitu Alumni Engagement, Alumni Day Homecoming, Alumni Bonding, Alumni Endownment dan Alumni Mentoring.

Sementara itu, Presiden AURAS, Chi Poh Yung berterima kasih atas kehadiran Naib Canselor bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menunjukkan sokongan kuat pihak UUM terhadap AURAS.

Poh Yung berterima kasih kepada UUM yang sentiasa memberikan sokongan kepada AURAS menjalankan aktiviti dan menggunakan nama UUM.

Ujarnya, fokus AURAS adalah menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan, rekreasi, ekonomi dan pendidikan kepada alumni UUM dan masyarakat di Sarawak secara amnya.

“Kami berjanji sebagai alumni UUM akan terus memelihara nama baik UUM sepanjang kami mewakili AURAS.

“Untuk meneruskan aspirasi menggalakan anak-anak muda meneruskan pelajaran mereka, AURAS akan menganjurkan satu program Jalinan Kasih UUM ke Saribas yang akan berlangsung pada September nanti,” katanya.

Pada majlis itu, Poh Yung telah menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000 untuk Tabung Kebajikan Pusat Alumni UUM kepada Dr. Mohd Foad.

Dr. Mohd Foad (tiga, kiri) menerima replika cek bernilai RM5,000 yang disampaikan Poh Yung (dua, kiri) untuk Tabung Kebajikan Pusat Alumni UUM.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Don @ A. Wahab.