KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya membolot enam produk ciptaan penyelidik muda dengan meraih 100 peratus pingat pada Asian Youth Innovation Awards (AYIA) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), baru-baru ini.
Anugerah itu melibatkan tiga pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa termasuk satu Anugerah Khas pada majlis anugerah yang diadakan sempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 bermula 16 hingga 18 Mac lalu.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli berkata, UniMAP telah menghantar enam produk iaitu tiga produk dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam, dua produk dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia serta satu produk dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal.
“Lebih membanggakan apabila produk penyelidikan pelajar, Nor Amirah Azwa Norizal dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia bertajuk ‘Fabrikasi Nanoemulsi berasaskan Minyak Pati Origanum Vulgare (Oregano) untuk Aplikasi Selepas Penuaian Mangga’ bukan sahaja mendapat pingat emas tetapi turut dinobatkan Anugerah Khas ‘Leading Innovation’.

“Nanoemulsi Origanum Vulgare daripada pati minyak telah direka bentuk dan diformulasikan baharu bertujuan melindungi buah mangga daripada jangkitan kulat selepas proses penuaian,” katanya dalam satu kenyataan.
Hadiah MTE 2023 telah disampaikan oleh Presiden Persatuan STEM Kebangsaan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr. Noraini Idris.
Tambah Zaliman, produk yang menerima Anugerah Khas daripada Macao Innovation and Invention Association tersebut mampu menghilangkan sehingga 75 peratus jangkitan kulat pada buah tanpa menjejaskan kualiti mangga.

“Anugerah serta pingat yang dimenangi semua produk itu membuktikan UniMAP sentiasa mementingkan budaya inovasi dalam kalangan pelajar, sekali gus dapat mengetengahkan kecemerlangan bakat mereka dalam bidang tersebut.
“Pertandingan inovasi ini juga dapat membangunkan bakat pelajar supaya lebih kreatif, responsif dan berdaya saing sekali gus menjadikan mereka berpengetahuan tinggi dan berinovatif,” katanya.
Senarai pemenang AYIA:
1. Nama: Nurul Nadia Man
Matrik: 191132198
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam
Tahun Pengajian: Tahun 4
Nama Product: ECO-Bead : Composite Beads from Chitosan/Y2O3 for Sorption of Textile Industry
Nama SV: Dr. Masitah Hasan
Pingat: Emas
2. Nama: Choh Yu Jun
Matrik: 191331785
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam
Tahun Pengajian: Tahun 4
Nama Product: “WOPENStruc: Wind Pressure Reduction and Load Capacity Release System for Medium and High-Rise Buildings”
Nama SV: Ts. Dr. Sk Muiz Sk Abd Razak
Pingat: Emas
3. Nama: Raqibahtul Husna Azahar
Matrik: 191352643
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal
Tahun Pengajian: Tahun 4
Nama Product: Alkali Activated Material Adsorbent
Nama SV: Dr. Wan Mastura Wan Ibrahim
Pingat: Gangsa
4. Nama: Nor Amirah Azwa Norizal
Matrik: 191282483
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia
Tahun Pengajian: Tahun 4
Nama Product: Fabrication of Nanoemulsion based Origanum Vulgare (Oregano) Essential Oil For Mango Postharvest Application
Nama SV: PM Ts. Dr. Ahmad Anas Nagoor Gunny
Pingat: Emas
Anugerah Khas – Leading Innovation Award
5. Nama: Nur Amni Qhairunnajwa Ariffin
Matrik: 191173094
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Kimia
Tahun Pengajian: Tahun 4
Nama Product: Antistatic Packaging from PHBV/Graphene Film
Nama SV: Dr. Syarifah Nuraqmar Syed Mahamud
Pingat: Perak
6. Nama: Duane Regen Anak Broster
No. Matriks: 191331788
Fakulti: Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam
Tahun Pengajian : Tahun 4
Nama Product: COIXLAC-JL Concrete “High Compressive Strength Lightweight Concrete With Partial Replacement of Coix-Lacryma-Jobi-Seed”
Nama SV: Dr. Nur Soleha Abdul Rahim
Pingat: Perak