UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bakal injak usia 40 tahun, penjawat perlu bersama bangunkan universiti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Shamsaimi Ezil dan Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: “Mengemudi sebuah bahtera di samudera yang gelombangnya besar, tentulah memerlukan satu pasukan yang dinamik, bersatu hati dan bersemangat waja serta kreatif dan berwawasan jauh,” kata Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan.

Menurutnya, untuk mengekalkan pencapaian sedia ada memerlukan kesepakatan, idea dan pandangan jauh secara bersama dalam usaha menjayakan matlamat dan objektif penubuhan UUM dan setiap pusat pengajian, pusat tanggungjawab dan pusat kecemerlangan.

Tambah Dr. Mohd Foad, beliau memberi kepercayaan kepada semua penjawat universiti dilantik untuk melaksanakan pelbagai idea bagi mencapai matlamat organisasi.

“Marilah bersama-sama kita melakarkan masa depan universiti, masa depan generasi anak bangsa kita. Masa depan agama, bangsa dan negara yang tercinta.

“Penjawat yang terpilih ini adalah yang terbaik untuk bersama dengan pengurusan memacu UUM ke persada yang lebih cemerlang. Dengan pelantikan ini juga, penjawat universiti akan memikul tanggungjawab besar yang perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan komited,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan (Sesi 2) dan Kursus Penjawat Utama Universiti Utara Malaysia di Dewan Sri Angsana, EDC-UUM, hari ini.

Watikah pelantikan telah disampaikan Dr. Mohd Foad kepada wakil terdiri Penolong Naib Canselor UUM COB, Penolong Naib Canselor UUM CAS, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS dan Timbalan Pendaftar.

Bacaan lafaz ikrar diketuai oleh Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad yang juga Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA).

Pada majlis itu, Naib Canselor berharap semua penjawat dilantik dapat membawa pendekatan baru di pusat tanggungjawab masing-masing yang diselarikan dengan visi dan misi UUM serta perancangan strategik universiti.

Kursus Penjawat 2023 selama dua hari bermula hari ini dimulakan dengan forum oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar dengan tajuk ‘Leadership Responsibility and Good Governance’ bersama Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Madya Dr. Zainal Amin Ayub dan Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar selaku moderator.

Kemudian, Pematuhan Undang-undang Dalam Pentadbiran Organisasi/Universiti oleh Penasihat Undang-undang, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed, diikuti Perkhidmatan dan Governan Universiti oleh Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

Hari kedua, Pengurusan Kewangan Universiti dan Sistem FIMS oleh Menjalankan Fungsi Bendahari, Abdul Roni Baharom; Akauntabiliti dan Integriti dalam Organisasi bersama Pegawai Integriti UUM, Muzamil Mahmud dan sesi Protokol, Etiket Sosial dan Keterampilan Imej oleh Dr. Siti Noormala Jailani dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara.

Kursus Penjawat UUM 2023 itu dihadiri lebih 170 penjawat universiti.