UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bakul Ramadan ceriakan asnaf komuniti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Islam

SINTOK: Bagi memeriahkan suasana Aidilfitri golongan yang memerlukan, Pusat Islam telah menyantuni dan mengagihkan sumbangan Bakul Ramadan kepada 50 staf Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) di Kompleks Pusat Islam.

Program ini merupakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pusat Islam yang sentiasa prihatin dan mengambil peduli terhadap mereka yang kurang berkemampuan.

Zar Ei menyerahkan sumbangan Bakul Ramadan kepada staf UPSB, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Islam, Zar Ei Zakaria berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka ketika membuat persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Selain staf UPSB, Bakul Ramadan itu turut diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar daerah Kubang Pasu.

Sementara itu, Pengarah Projek, Aus Korni Yahaya berkata, antara barangan dalam Bakul Ramadan itu adalah barang keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak, susu, teh, kopi, biskut dan sebagainya.

“Barangan ini disediakan melalui kutipan dana sumbangan staf UUM yang amat prihatin dan dermawan,” ujarnya.

Salah seorang penerima sumbangan Puan Zainab melahirkan rasa syukur kerana terpilih menerima Bakul Ramadan daripada Pusat Islam.

Selain diedarkan secara langsung dari rumah ke rumah, sumbangan Bakul Ramadan turut disampaikan oleh Naib Canselor pada Program Iftar Perdana UUM di Masjid Sultan Badlishah, baru-baru ini.