UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Banjir: Tiga beradik maut, terkena renjatan elektrik rumah

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Siti Rohana Idris/NSTP

TUMPAT: Tiga beradik wanita maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau, Morak, pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 11.45 pagi.

Tiga beradik wanita maut dipercayai terkena renjatan elektrik rumah mereka yang dilanda banjir pagi tadi. Gambar NSTP

Difahamkan, salah seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah tersebut.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.