UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Jabatan Bendahari UUM kongsi Bakul Ramadan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Joezainy Ismail

Gambar Anita Ahmad/UUM Today

SINTOK, 17 Mac – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Jabatan Bendahari telah sudi berkongsi Bakul Ramadan anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) Universiti Utara Malaysia.

Bendahari, Abdul Roni Baharom berkata, sumbangan ini bertujuan bagi meringankan bebanan staf yang terlibat dalam menjalani bulan Ramadan.

Menurutnya, seramai dua pekerja pembersihan di pejabat Jabatan Bendahari telah menerima Bakul Ramadan ini, selain ahli KKRB.

Sementara itu, Pengerusi KKRB, Noraidani Ismail berkata, program ini diadakan bagi memberi sumbangan kepada pekerja-pekerja pembersihan yang bertugas di bangunan ini.

“Turut menerima sumbangan ini adalah ahli-ahli KKRB sempena bulan Ramadan dan sebagai galakan kepada semua untuk sentiasa bersedekah dan berkongsi rezeki dengan masyarakat sekeliling kita terutama yang lebih memerlukan,” katanya.