UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bengkel Asas Penyelenggaraan Motorsikal dedah pelajar UUM kepada penjagaan motorsikal

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar oleh Dr. Izatul Husna Zakaria/UUM Today

SINTOK, 23 Januari – Seramai 18 pelajar dari Program Logistik dan Pengangkutan, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Proram Bengkel Asas Penyelenggaraan Motorsikal kepada penduduk setempat dan warga UUM pada 18 Januari lalu.

Program ini melibatkan kerjasama bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Penceramah, Ts. Muhammad Lutfi Abd Latif turut hadir berkongsi pengalaman dan beliau diiringi oleh Hazrin Jahidi Jaafar dan bersama dua pelajar fakulti tersebut iaitu Reyner Jaunny dan Luqman Hakim. Dua orang pelajar tersebut kini menjalankan kerja sampingan dengan membaiki motorsikal secara bergerak di sekitar negeri Perlis.

Pensyarah, Dr. Izatul Husna Zakaria berkata, program ini dimulakan dengan sesi penerangan secara teori mengenai pasaran motorsikal, komponen asas motorsikal dan penyelenggaraaan asas. Program diteruskan dengan sesi kedua iaitu sesi demonstrasi yang diadakan di ruang terbuka bangunan STML.

Selain daripada itu, menurutnya, program itu juga diteruskan dengan sesi penyelenggaraan lanjutan di mana peserta dibenarkan untuk membawa motorsikal mereka ke ruang demontrasi dan pembaikan dilakukan secara terus ke atas motorsikal mereka.

“Program ini adalah sebahagian daripada kursus Pengangkutan Bandar dan Luar Bandar (BPMG3033) yang mana menitik beratkan pembangunan seimbang sistem pengangkutan di bandar dan luar bandar bagi memenuhi keperluan penduduk setempat,” katanya.

Peserta program bertanyakan soalan-soalan membina dan memberi maklum balas yang baik berkenaan keberkesanan program, malah penceramah jemputan juga memberi pujian yang baik terhadap keberkesanan program.

Bengkel asas penyelenggaraan motorsikal ini diharapkan dapat memberi idea baru bagi menambah pengetahuan masyarakat setempat mengenai penyelengaraan asas kenderaan peribadi sebagai satu langkah proaktif dalam mencapai masyarakat yang sejahtera.