UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bengkel EKSA UUM beri pemahaman dokumentasi

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA)/UUM Today

SINTOK, 1 April – Jawatankuasa Pelaksana Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Dokumentasi EKSA UUM di Future Learning Lab, UTLC, baru-baru ini.

Pengarah PPQA UUM, Prof. Madya Dr. Mohd. Haniff Jedin berkata, Bbengkel selama satu hari ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada 55 warga kerja EKSA terdiri daripada Pegawai PPQA, Jawatankuasa Promosi, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Inovasi, Jawatankuasa Sustainable Development Goals (SDG), Jawatankuasa Pembangunan & Pengurusan Infrastruktur dan ketua-ketua zon dalam penyediaan dokumentasi EKSA bagi memastikan keberkesanan dan tujuan penilaian oleh Juruaudit Dalaman serta MAMPU.

Sesi bengkel ini telah disampaikan oleh Champion EKSA Zon Utara iaitu Timbalan Pendaftar Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Khairul Badri Ahmad.

Menurutnya, antara perkara yang dibincangkan adalah komponen penilaian, panduan dan polisi pelaksanaan, sudut go green dan aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk menjayakan EKSA di UUM.

“Penganjuran bengkel ini telah memberi manfaat kepada peserta seperti dapat memahami penyediaan dokumentasi bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan EKSA, mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.

“Selain itu, membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kampus,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pustakawan, Prof. Dr. Che Azlan Taib; Penasihat Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamad; Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar; Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie dan Pengarah Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE), Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar.