UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Bengkel penyusunan semula carta organisasi UUM

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Sintok – Seramai 130 peserta menyertai bengkel Penyusunan Semula Carta Organisasi Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Angsana, EDC-UUM pada 15 dan 16 Ogos 2023.

Bengkel ini disertai oleh Dekan dan Pengarah bersama-sama Timbalan-timbalan mereka bagi membincangkan carta organisasi masing-masing mengikut kluster berdasarkan fungsi dan tujuan penubuhan selaras dengan peraturan serta visi dan misi universiti ini.

Sepanjang bengkel ini mereka akan meneliti semula carta organisasi dan fungsi masing-masing untuk melihat sekiranya ada pertindihan tugas dengan Pusat tanggungjawab lain dan mengugurkannya jika perlu.

Sesi pembentangan yang dijalankan ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UUM,  Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Hasil rumusan dari perbincangan dan pembentangan kumpulan yang diadakan ini akan dibentangkan pula pada Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) untuk pelaksanaan pada 2024 nanti.

Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Unit Undang-undang, Jabatan Canselori.