UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

BEST AMATEUR IN THE LADIES CHAMPIONSHIP 

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Selangor: Pemain golf UUMNGA, Charlayne Chong Shin Ling, muncul juara bagi kategori Best Amateur In The Ladies Championship di Toyota PGM Tour Tun Ahmad Sarji Trophy Championship 2023 yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Selangor, baru-baru ini.

Keadaan cuaca yang panas dan terpaksa bersaing dalam keadaan lapangan golf yang berbukit dan agak sempit tidak menghalang Charlayne menampilkan aksi terbaik dan bertenaga dengan mengumpul keseluruhan 303 pukulan.

Charlayne berkata, kejohanan ini merupakan kejohanan golf bertaraf profesional yang mana tahap tekanan yang sangat tinggi dan tahap permainan peserta juga berada pada tahap yang berbeza dengan kemahiran yang tinggi.  

“Pengalaman yang cukup luar biasa dan teruja dengan peluang yang diberikan apabila , menimba pengalaman bermain dengan profesional yang membuatkan saya kagum melihat cara mereka beraksi di padang golf dan persaingan sangat kompetitif.

“Hanya dengan menonton mereka, saya telah belajar banyak perkara untuk bersaing di padang golf yang berprestij serta dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Saya mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman bermain di tempat yang mencabar misalnya belajar cara mengurus pemikiran, fokuskan satu pukulan pada satu masa, mengekalkan kadar denyutan jantung sebelum setiap pukulan dan berlatih pernafasan dalaman,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan suatu cabaran apabila perlu bangun seawal empat pagi setiap hari dengan masa pemulihan yang sangat minimum namun semua itu telah dikendalikan dengan baik pada akhir pusingan.

Sementara itu, Pengarah UUMNGA, Prof. Madya Dr. Azman Yasin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan membawa nama UUM serta menjadi sumber inspirasi kepada pemain yang lain.

“Saya berharap pencapaian ini dapat menjadi inspirasi dan memberi semangat kepada pelatih AGNUUM untuk terus berusaha secara berterusan melakukan yang terbaik  dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian di puncak dunia.

“Saya bangga dan gembira dengan pencapaian ini. Pendedahan yang diperoleh dalam penyertaan kejohanan profesional seumpama ini akan membantu atlet golf amatur AGNUUM mencari pengalaman dan menilai sejauh mana kemampuan mereka bertanding dalam kejohanan peringkat tertinggi seperti ini.

Jelasnya, pendedahan terhadap kejohanan-kejohanan golf harus diteruskan dan tumpuan terhadap kekuatan mental atau fokus perlu dititik beratkan, begitu juga dengan kecergasan para pemain juga harus dipertingkatkan,” ujarnya.

Pada kejohanan tersebut, UUM turut berbangga dengan persembahan dan pencapaian sembilan pemain UUMNGA yang bertanding pada kejohanan tersebut.