UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

BGS Chapter UUM terpilih sebagai Highest Honors Chapter 2023 buat kali kelima

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar BGS UUM/UUM Today

SINTOK: Beta Gamma Sigma (BGS) Chapter UUM telah dipilih sebagai ‘Highest Honors Chapter’ untuk tahun 2023 buat kali kelima oleh BGS Global HQ, baru-baru ini.

Presiden Beta Gamma Sigma, Rhaakhesh A/L Omantaram berkata, BGS UUM telah dipilih berdasarkan prestasi akademik yang luar biasa, komitmen kepada komuniti dan sumbangan yang luar biasa kepada masyarakat universiti.

Menurutnya, lebih membanggakan lagi apabila anugerah ini telah dianugerahkan kepada BGS UUM selama 5 tahun berturut-turut.

Selain itu, katanya, BGS UUM juga telah menerima 250 USD setelah menjayakan program ‘BGS Gives Back’.

“Pemilihan BGS UUM adalah pengiktirafan terhadap usaha keras seluruh barisan jawatankuasa dan ahli BGS UUM dalam mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek dan pengabdian kepada masyarakat.

“Kami bangga dengan usaha dan ketekunan yang diberikan dan saya yakin bahawa BGS UUM akan terus menjadi inspirasi dengan mengekalkan anugerah ini pada setiap tahun,” ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras BGS UUM, Dr. Nor Atikah Shafai berkata, pencapaian BGS UUM dalam pelbagai program telah menjadi kebanggaan kepada BGS Global dan UUM.

Tambahnya, BGS UUM juga telah terlibat dalam projek-projek komuniti dan inisiatif pembangunan yang memberi kesan positif kepada universiti dan masyarakat secara keseluruhannya terutamanya ‘BGS Gives Back’ yang dijalankan di Rumah Seri Kenangan Kangar dan Rumah Anak Yatim Teratak Rahmat.

“Saya sebagai penyelaras BGS UUM amat bangga dengan kedua-dua pencapaian tersebut dan berharap BGS UUM akan dianugerahkan Highest Honor Chapter pada masa akan datang,” katanya.

Timbalan Pengarah Unit Akreditasi AACSB, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor berkata, penerimaan kehormatan tertinggi ini adalah pengiktirafan kepada pencapaian dan sumbangan yang luar biasa oleh BGS UUM kepada universiti ini.

Tambahnya, ia juga menunjukkan pentingnya nilai-nilai kecemerlangan akademik, kepimpinan dan komuniti yang menjadi asas kepada persatuan kehormatan tertinggi. – Dr. Nor Atikah Shafai