UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘Blooms of Hope’ bantu pelarian di Malaysia

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Atikah Ibrahim/UUM Today

SINTOK: Bagi membantu pelarian di Malaysia, ‘Blooms of Hope’ anjuran pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah subjek SCCA 2073, Perhubungan Awam telah mengadakan jualan amal di Dewan Inapan Siswa Grantt, baru-baru ini.

Pengarah program, Nur Shamirah Muhammad Al-Shafieq berkata, jualan amal selama sehari itu bertujuan mengumpul dana untuk pelarian berkenaan di mana hasil jualan hampir RM1,000 itu disalurkan kepada Refugee Emergency Fund (REF) yang turut memaparkan bahan-bahan tentang pelarian.

Menurutnya, program anjuran bersama REF itu memfokuskan kepada isu pelarian di negara ini.

“Kita ingin memberi kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai tentang isu pelarian yang semakin hangat di negara Malaysia.

“Program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada pelarian yang menetap di Malaysia,” katanya.

‘Blooms of Hope’ membuat jualan bunga seperti kekwa kuning, kekwa putih, ros merah, ros merah jambu dan banyak lagi pada harga mesra pelajar dan mampu dimiliki.

Seramai 14 pelajar telah mengambil bahagian dalam jualan amal tersebut.

Hadir sama, wakil REF iaitu Hasan Al-Akra yang turut berkongsi tentang isu pelarian di Malaysia.

Antara aktiviti lain, sukaneka seperti kerusi berlagu, teka peribahasa dan ‘blind folded’.